Sudah banyak kita dengar cerita indah mengenai usahawan yang menjual produk dengan hasil jualan RM 1 Juta Ringgit dalam masa setahun sahaja berniaga.
Mesti ini adalah sebahagian respon anda bila mendengar cerita-cerita kejayaan seperti ini
“Jual 1 produk pun boleh buat jualan RM 1 Juta?”
“Apa yang mereka guna untuk buat jualan RM 1 Juta?”
Antara platform jualan yang terbukti berkesan membantu ramai usahawan menjual RM 1 Juta adalah platform salespage
Kali ini kami bongkarkan rahsianya. Ini 12 elemen penting dalam salespage design yang terbukti menjana jualan RM 1 juta
Salespage adalah salah satu bentuk laman web jualan yang sangat sesuai untuk bisnes SME lebih-lebih lagi jika anda fokus kepada 1 jenis produk atau servis yang khusus atau yang menjadi cash cow bisnes anda
Apa Beza Salespage Dengan Laman Web Syarikat?
Ada pelbagai bentuk laman web yang boleh anda bina untuk bisnes anda.
Perbezaan ketara antara salespage dengan laman web syarikat ialah salespage hanya fokus kepada membuat jualan berbanding laman web syarikat yang menjadi profil syarikat online.
Salespage adalah laman web dengan hanya 1 page sahaja berbanding laman web syarikat yang mempunyai lebih dari 1 page untuk memaparkan semua maklumat yang hendak dipaparkan untuk pelawat laman web anda.
Namun begitu, merekabentuk salespage untuk menjana jualan RM 1 juta tidaklah semudah itu. Ini 12 elemen penting yang terbukti menjana jualan RM 1 juta
12 Elemen Penting Dalam Salespage Design Yang Terbukti Menjana Jualan RM 1 Juta
1. Dapatkan Perhatian
Bahagian pertama yang dilihat oleh pelawat dalam salespage kita adalah sangat kritikal untuk menarik perhatian mereka untuk terus membaca
Ia dipanggil First Fold Section
Dalam bahagian ini biasanya mempunyai ‘headline’ dan imej ataupun video yang memberikan bayangan kandungan penuh salespage anda
Fokuskan pada saiz font yang jelas & tumpukan hanya pada 1 mesej utama
Headline yang berkesan menarik perhatian pelawat untuk terus membaca salespage anda adalah seperti :
- “Ini Cara Untuk Anda X Dengan Y Tanpa Perlu Bersusah Payah Melakukan Z”
- “Rahsia Untuk X Kini Kami Bongkarkan Untuk Anda”
- “Amaran : Jangan Buat X Sebelum Anda Tahu Tentang Y. Baca Sehingga Habis”
2. Besarkan Masalah
Di bahagian ini anda perlukan mengingatkan semula pelawat salespage tentang ‘kesakitan’ yang mereka sedang alami
Berikan gambaran paling jelas tentang masalah mereka supaya mereka berfikir
“Ya betul, inilah yang aku lalui”
Untuk kesan yang lebih bagus, anda ceritakan dengan lebih mendalam apa ‘kesakitan’ lain yang lebih teruk akan mereka dapat kalau mereka tidak mengambil tindakan sekarang sehingga mereka terfikir
“Aduh, aku taknak lah sampai jadi macam ni”
3. Tawarkan Solusi
Bahagian ini adalah peluang untuk anda tawarkan penyelesaian kepada masalah yang telah anda tonjolkan dalam bahagian atas salespage anda
Ceritakan bagaimana produk anda boleh merawat ‘kesakitan’ yang mereka sedang alami dengan cepat tanpa perlu bersusah payah
Pastikan imej atau video yang digunakan untuk memperkenalkan produk anda adalah yang terbaik dan menarik minat dan kepercayaan mereka
4. Tonjolkan Kredibiliti
Nyatakan kepada pelawat salespage anda mengapa mereka perlu percaya bahawa anda memahami masalah mereka dan anda tahu bagaimana cara untuk menyelesaikannya
Tonjolkan segala kelebihan produk dari segi kajian makmal, kelulusan pihak yang berautoriti, pengiktirafan dari badan kerajaan dan juga kredibiliti anda sendiri sebagai penjual produk tersebut
Di bahagian ini adalah peluang untuk anda menunjukkan bukti produk anda diperakui oleh public figure atau orang berpengaruh
5. Ceritakan Kelebihan dan Keberkesanan
Fokus kepada menceritakan kelebihan ciri-ciri produk anda dari segi
- Bahan-bahan
- Teknologi pembuatan
- Rekabentuk
- Keberkesanan
Pastikan mereka bukan sahaja faham tentang ciri-ciri produk, tetapi juga faedah setiap ciri-ciri itu untuk menyelesaikan kesakitan yang mereka sedang alami contohnya :
“Produk X diperbuat dari 3 jenis herba dari Gunung Himalaya yang terbukti berkesan menghilangkan sakit sendi. 3 herba ini adalah herba yang sama digunakan oleh pendaki gunung yang mendaki Gunung Himalaya lebih dari 300 pendakian setahun.”
6. Tunjukkan Bukti
Ini adalah salah satu bahagian yang sangat penting untuk meyakinkan pelawat salespage anda untuk memilih produk anda sebagai penyelesaian kepada masalah mereka.
Kepilkan bukti untuk setiap janji yang anda telah nyatakan di bahagian atas salespage
Contohnya jika anda mengatakan produk anda terhasil dari 3 herba dari pergunungan Himalaya, anda tunjukkan gambar atau video yang anda telah sampai ke Gunung Himalaya melihat sendiri herba-herba tersebut dihasilkan bersama penduduk kampung.
Jika anda buat sehingga ke dapat ini, anda telah 50% berjaya menjadikan pelawat salespage anda kepada prospek jualan.
7. Jelaskan Tawaran
Ini adalah bahagian dalam salespage design yang sangat kritikal
Ia menjadi punca samada pelawat salespage anda membuat pembelian atau keluar dari salespage anda
“Great copy can’t overcome a mediocre offer”
Tawaran yang baik adalah tawaran yang membuatkan pelawat salesapage anda berfikir
“Bodohnya kalau aku tak pilih untuk beli sekarang.”
Antara ciri-ciri yang ada pada tawaran yang menarik adalah :
- Harga berbaloi
- Terma menguntungkan pelanggan
- Hadiah percuma
8. Bagi Jaminan
Bagi menambah kemanisan tawaran dalam salespage, anda boleh memberikan jaminan pembelian.
Ini akan dapat menghilangkan kerisauan dalam minda pelawat salespage anda
Biasanya pembeli akan rasa takut tentang :
- Takut tak berkesan
- Takut ditipu
- Takut barang tak sampai
Contoh jaminan yang boleh diberikan pada pelawat salespage anda :
“Order saja dulu. Bayar bila barang sampai di pintu rumah anda”
“Jika tak berkesan dalam masa 30 hari, wang anda akan dikembalikan 3 kali ganda tanpa soalan”
9. Gesa Pembelian
Kebanyakan pembelian tidak berlaku secara pantas. Biasanya ia akan ditangguhkan atas pelbagai alasan :
- Mereka rasa tak terlalu memerlukan produk anda sekarang
- Mereka terlalu sibuk untuk membuat proses pembelian kemudian terlupa
- Mereka tak cukup yakin bahawa produk anda adalah penyelesaian terbaik
- Mereka takde alasan tapi sengaja menangguhkan pembelian
Salespage yang terbaik adalah salespage yang membuatkan pelawat salespage membuat pembelian semasa kali pertama masuk ke salespage tersebut
Masukkan elemen gesaan dalam salespage anda untuk memberi motivasi kepada pelawat untuk membuat pembelian sekarang contohnya :
“Buat pembelian dari harini sehingga X haribulan. Selepas Tarikh ini harga akan naik 5x dari harga promosi”
“Herba kami tidak dikeluarkan dengan banyak untuk menjaga kualiti. Hanya 100 botol untuk promosi terakhir tahun ini!”
10. Call to Action
Bahagian ini selalu dipandang remeh oleh usahawan dalam membina salespage walaupun ia adalah bahagian terpenting untuk menukarkan pelawat salespage anda menjadi pembeli
Biasakan untuk nyatakan tindakan yang perlu diambil oleh pelawat untuk membeli
“Klik untuk dapatkan 50% diskaun sekarang”
11. Bagi Amaran
Ini bahagian tambahan yang sangat terbukti untuk menjana jualan RM 1 juta dengan salespage
Salespage yang bagus adalah salespage yang dapat mengekalkan mood dan emosi pembelian sehingga ke hujung salespage
Di bahagian ini anda boleh berikan amaran supaya pelawat buat keputusan sekarang
“Amaran : 7 dari 10 dari mereka yang bertangguh membuat pembelian produk X ini akhirnya menyesal sebab disahkan penyakit sudah ke tahap yang tidak boleh dirawat selepas 1 bulan. Kami sudah tak boleh bantu anda jika doktor sudah sahkan anda telah menghidap penyakit Y tahap 2. Mintak maaf!”
12. Tutup Dengan Peringatan
Bahagian ini boleh diletakkan di bahagian paling bawah dalam salespage
Ia adalah usaha terakhir anda untuk menukarkan pelawat salespage kepada pembeli
Ia boleh dilakukan dalam bentuk FAQ ataupun peringatan seperti :
“Rebut Promosi Terakhir Tahun Ini Sehingga x Disember 2024”
Kesimpulan
Sekarang lengkaplah sudah pembinaan salespage anda yang akan membantu bisnes anda menjana jualan RM 1 juta
Cara ini telah terbukti dan digunakan berkali-kali oleh ramai usahawan di Malaysia. Jadikan 12 elemen penting dalanm salespage design yang terbukti menjana jualan RM 1 juta ini sebagai panduan setiap kali anda membina salepage untuk bisnes anda