Strategi Tingkatkan Jualan

Pemasaran : 3 Strategi Tingkatkan Jualan Dari RM1 Ribu Kepada RM1 Juta Setahun

Anda mahu belajar strategi tingkatkan jualan?

Kebanyakan dari bisnes kecil sangat pandai membuat jualan RM100 yang pertama

Tetapi mereka buntu untuk menaikkan jualan ke RM 1000 yang pertama hingga ke RM 1 Juta yang pertama

Sebahagian dari mereka merasakan jualan RM 1 Juta adalah terlalu jauh untuk dicapai

Realitinya, kesemua bisnes samada kecil atau besar mengaplikasikan strategi asas yang sama dalam bisnes mereka untuk mencapai jualan tinggi

Usahawan hanya perlu faham tentang asas membina aliran masuk tunai dalam bentuk jualan ke dalam bisnes mereka.

Jika usahawan faham asas ini, mereka akan bebas meletakkan berapa sahaja nilai target jualan

Baca seterusnya untuk belajar tentang 3 strategi tingkatkan jualan dari RM 1 ribu sebulan kepada RM 1 juta sebulan

Pemasaran : 3 Strategi Tingkatkan Jualan Dari RM1 Ribu Kepada RM1 Juta Setahun

1. Buy In

Strategi yang pertama ini biasanya berjaya diaplikasikan kepada hampir semua bisnes

Anda perlu berfikir bagaimana cara untuk membuatkan sebanyak X sasaran pasaran tahu dan berminat untuk membeli produk atau servis mereka

Sebagai contoh jika anda menjual produk berharga RM100 dan conversion rate anda selama ini adalah 10%, anda memerlukan sebanyak 10 ribu pembelian produk RM100 untuk mencapai jualan RM 1 Juta

Untuk mendapatkan 10,000 jualan ini, dengan conversion rate 10% bisnes anda perlu diketahui oleh seramai 100 ribu orang untuk mencapai jualan RM 1 Juta

2. Buy More

Strategi kedua adalah menggalakkan pelanggan untuk membeli produk atau servis anda lebih dari 1 unit.

Strategi ini boleh dilakukan dengan mempakejkan produk atau menawarkan insentif seperti diskaun, hadiah percuma dan lain-lain pada pembelian lebih dari 1 unit atau motivasi lain seperti penyertaan pertandingan ataupun cabutan bertuah

Jika anda menjual lebih dari 1 jenis produk, strategi ini lebih mudah dilakukan

Anda hanya perlu menggalakkan pelanggan untuk membuat pembelian lebih dari RM100

Sebagai contoh anda tawarkan pelanggan yang membuat pembelian RM200 dan ke atas layak mendapat peluang cabutan bertuah. Untuk mendapatkan jualan RM 1 Juta pertama, anda memerlukan 5000 pembelian sahaja

Dengan conversion rate 10%, anda perlu memastikan seramai 50 ribu audien melihat iklan anda

P/s : Kos untuk melakukan strategi ini dapat dikurangkan jika anda sudah mempunyai database yang banyak. Ia akan menjadikan tawaran lebih menarik dan berkesan

3. Buy Again

Strategi ke-3 untuk meningkatkan jualan adalah dengan menggalakkan pelanggan anda untuk membuat pembelian berulang

Anda perlu fikirkan cara untuk membuat pelanggan anda membuat pembelian berkali-kali dengan gembira

Strategi ini boleh dilakukan dengan model langganan.

Ianya juga lebih mudah diaplikasi untuk produk komoditi yang perlu digunakan setiap bulan contohnya sabun baju, lampin atau makanan kucing.

Jika strategi ini dilakukan dengan betul, ianya akan dapat menaikkan nilai seorang pelanggan setahun dan membuatkan nilai mendapatkan seorang pelanggan menjadi semakin rendah

P/s : Strategi ini akan menjadi lebih mudah jika anda mempunyai database pelanggan yang sangat suka dengan produk anda

Sifir Mudah Tingkatkan Jualan

Dalam setiap bisnes yang anda jalankan, sifir untuk menaikkan jualan adalah sama

Anda perlu tahu conversion rate anda untuk mengenalpasti berapa banyak audien yang anda perlukan

Leads x Size (RM) x Frequency = Sales

50,000 x RM100 x 2 = RM 1,000,000

Apabila anda tahu yang anda perlukan 50,000 audien

Langkah seterusnya ialah mengenalpasti di mana 50,000 audien anda berada

Kempen pemasaran akan disasarkan pada platform ini untuk mendapatkan 50,000 pelanggan setahun

Kesimpulan

Selepas mengetahui sifir ini, kami sarankan anda untuk duduk dan fikirkan nombor-nombor penting yang diperlukan untuk bisnes anda

Ini peluang untuk anda bereksperimentasi dengan pelbagai aspek dalam bisnes anda untuk menawarkan produk dan servis terbaik kepada sasaran pasaran

Kami pasti anda pasti akan lebih bersemangat setelah mencuba latihan ini dan lebih faham bagaimana syarikat besar membuat keuntungan berlipat ganda dengan strategi ini

Semoga selepas anda mengetahui 3 strategi untuk tingkatkan jualan RM 1 ribu sehingga RM 1 setahun ini, anda akan dapat merangka pelan pemasaran yang terbaik untuk bisnes anda

Share your love
Adam Raffi
Adam Raffi
Articles: 11

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *