6 Strategi Memujuk Pelanggan Supaya Membeli Dari Bisnes Anda

Aktiviti penjualan adalah komunikasi dua hala yang melibatkan penjual dan pembeli

Penjual akan berusaha untuk membuktikan produk atau servis mereka adalah penyelesaian terbaik untuk masalah pembeli

Pembeli akan mempertimbangkan dari pelbagai sudut sebelum membuat pembelian pertama dan seterusnya supaya mereka tidak tersilap dalam membuat keputusan pembelian

Namun begitu, ada beberapa taktik yang boleh dilakukan oleh usahawan sebagai penjual untuk memberi motivasi kepada pelanggan untuk membeli

Inilah yang dinamakan strategi memujuk pelanggan

Kali ni kami nak bincangkan dengan anda 6 strategi memujuk pelanggan supaya membeli dari bisnes anda

Strategi Memujuk Pelanggan Supaya Membeli Dari Bisnes Anda

1. Timbal Balik

Strategi yang pertama ini banyak digunakan oleh banyak bisnes di luar sana samada offline atau online

Ianya adalah aplikasi dari konsep

“I scratch you, you scratch me back”

Tawarkan kepada bakal pelanggan produk atau servis sebagai low hanging offer yang tidak memerlukan banyak pertimbangan dari bakal pelanggan untuk berkata “Ya

Selepas mereka menikmati produk atau servis anda secara percuma dengan baik dan berpuas hati

Inilah masanya untuk anda tawarkan kepada mereka produk atau servis berbayar dalam bentuk pakej atau lebih advanced.

Strategi ini sangat ampuh kerana bakal pelanggan berada dalam emosi yang sangat baik untuk mempercayai dan menerima anda sebagai penyelesaian terbaik kepada masalah mereka

Apatahlagi jika anda telah memberikan kepada mereka lebih dari sekali produk atau servis percuma dari bisnes anda

Yang penting anda mesti buat mereka berfikir

“Kalau yang percuma pun dah bagus, apatah lagi kalau saya ambil pakej lebih advanced yang berbayar, pasti lebih baik”

Pemberian servis secara percuma merupakan salah satu strategi yang sangat berkesan memujuk pelanggan

2. Komitmen & Konsistensi

Di dalam pemasaran digital banyak digunakan strategi ke-2 ini

Dimana bakal pelanggan akan diberikan preview version dengan percuma atau dengan harga paling murah

Strategi ini banyak digunakan oleh industri seminar dan latihan

1000 orang akan ditawarkan kelas preview serendah RM45 sahaja

Selepas 1000 orang audien berpuas hati dengan kelas preview

Mereka akan ditawarkan dengan pakej lebih advanced berharga RM3000

Ketika menjalani kelas advanced dengan harga RM3000

Mereka akan dihidangkan dengan cerita-cerita kejayaan usahawan lain yang berjaya setelah menghadiri kelas lebih advanced berharga RM30,000

Walaupun strategi ini bukan lagi rahsia di kalangan usahawan yang sering menghadiri kelas, tapi ianya tetap berhasil selepas berkali-kali dilakukan

Anda perlu memahami apakah itu Value Ladder untuk membina strategi ini dalam bisnes anda

Industri seminar dan latihan adalah industri yang paling banyak menggunakan strategi memujuk pelanggan

3. Bukti Sosial

Manusia adalah makhluk berakal yang bersifat sosial

Setiap manusia cenderung untuk mengikuti manusia lain yang mereka minati dan yang mereka percaya

Ini adalah kelemahan dan kekuatan manusia yang tidak boleh disangkal

Sebagai usahawan yang bagus, anda perlu mengambil kesempatan atas ciri-ciri ini dengan mengemukakan sebanyak dan sekuat mungkin bukti sosial terhadap produk atau servis anda

Anda perlu berjaya membuat bakal pelanggan anda berfikir

“Ustaz pun pergi umrah dengan agensi ni, mesti dia agensi umrah yang telus”

“Pelakon cantik ni pun guna produk kesihatan kulit ni, mesti aku pun jadi cantik kalau guna produk yang sama”

Penggunaan selebriti berautoriti mampu memujuk pelanggan percaya kepada tawaran bisnes anda

4. Persamaan

Antara sifat lain manusia sebagai makhluk sosial adalah cenderung untuk berada dalam kumpulan yang mereka suka atau mempunyai persamaan dengan mereka

Strategi ini banyak digunakan oleh jenama jenama gaya hidup seperti sukan, kecantikan, fesyen dan sebagainya

Bisnes yang bijak menggunakan strategi ini biasanya akan menjadikan kuasa komuniti sebagai pengaruh dalam pasaran supaya jenama mereka mendapat kepercayaan dari pasaran sasaran.

Contohnya sebuah jenama permotoran akan lebih dipercayai jika latarbelakang pemilik jenama adalah seorang peminat dunia permotoran dan memilik perlbagai jenis motor.

Apatahlagi jika pemilik jenama ini memiliki pengetahuan mendalam tentang permotoran

Kemudian, apabila ianya membentuk komuniti yang menyukai jenama A, ia akan mempengaruhi mereka yang belum memiliki produk jenama A untuk menyertai komuniti ataupun bercita-cita untuk menyertai komuniti jenama A

Komuniti merupakan strategi paling kuat dan bertahan lama dalam strategi memujuk pelanggan

5. Kredibiliti

Strategi ke-5 ini biasanya adalah untuk memujuk pelanggan yang digolongkan dalam kategori terpelajar atau dipanggil affluent customer

Mereka tidak mudah dipengaruhi oleh tawaran meleleh oleh jenama-jenama di pasaran

Untuk kategori pelanggan ini strategi ke-5 yang menggunakan kredibiliti jenama sebagai pakar atau pelopor industry sebagai sebab yang kuat untuk memujuk pelanggan membuat pembelian

Contohnya sebuah klinik Kesihatan kulit yang ditubuhkan oleh seorand doktor pakar kulit yang berkelulusan luar negara dengan pengalaman lebih 30 tahun dalam bidang kecantikan akan lebih dipercayai berbanding klinik Kesihatan kulit yang ditubuhkan oleh seorang usahawan.

6. Kesempitan

Strategi ini sangat banyak digunakan oleh bisnes kecil dan besar

Elemen kesempitan atau scarcity ini adalah antara strategi memujuk pelanggan untuk membeli paling berkesan

Ia akan lebih berkesan jika pemasaran yang anda lakukan sebelumnya sangat menaikkan nilai produk atau servis anda

Bakal pelanggan akan tidak sabar sabar merebut tawaran anda setiap kali anda buat kempen pemasaran

Sebagai contoh anda boleh lihat betapa cepatnya produk sambal yang dijual oleh pempengaruh di platform TikTok habis tapi masih lagi dikeluarkan dalam kuantiti yang sedikit. Ianya adalah sebahagian dari aplikasi strategi ke-6 ini.

Khairul Aming merupakan pempengaruh yang bijak menggunakan strategi kesempitan dalam memujuk pelanggan

Kesimpulan

Sekarang anda telah pun memahami 6 strategi memujuk pelanggan membuat pembelian dari bisnes anda

Anda mungkin telah mengalami kesemua atau sebahagian dari strategi ini sebagai pembeli atau penjual,

Cuma anda tidak tahu yang ia adalah sebahagian dari strategi jualan

Inilah masanya untuk anda pula memujuk pelanggan membuat pembelian dari bisnes anda

Share your love
Adam Raffi
Adam Raffi
Articles: 11

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *