Pemasaran : Cara Membina Tangga Nilai (Value Ladder) Untuk Meningkatkan Jualan Sehingga RM 1 Juta Setahun

Salah satu strategi untuk meningkatkan jualan yang ramai usahawan tidak lakukan adalah membina Tangga Nilai (Value Ladder) kepada bisnes mereka

Strategi ini sangat berkesan untuk memastikan bisnes anda kekal bertahan dengan pelanggan yang sangat setia dan bersedia menjadi pelanggan anda berkali-kali

Kedengaran sangat menarik kan?

Namun ianya tidaklah mudah dilakukan untuk semua jenis bisnes

Di sini anda perlu berfikir secara kreatif dan kritis untuk merangka perjalanan pelanggan anda dari awal sehingga menjadi pelanggan setia

Anda juga perlu membuat perancangan ini bersama-sama dengan ahli pasukan anda supaya semua orang faham dan bertanggungjawab untuk merealisasikan strategi ini

Baca seterusnya untuk mengetahui cara membina tangga nilai untuk meningkatkan jualan sehingga RM 1 juta setahun

Prinsip North Star

Untuk memastikan matlamat dan arah strategi ini kekal di sepanjang pelaksanaannya

Ahli pasukan anda perlu jelas tentang prinsip North Star bisnes anda

Prinsip North Star adalah prinsip bisnes anda yang menjadi asas kepada hubungan anda dan pelanggan

Ia adalah sebab mengapa pelanggan anda memilih bisnes anda sebagai titik rujukan untuk maklumat dan pembelian

Sebagai contoh jika anda membuka pusat tuisyen

Mungkin Prinsip North Star yang boleh terapkan adalah bisnes anda percaya yang pembelajaran perlu dibuat dalam suasana seronok menjangkaui persekolahan

Selepas jelas dengan Prinsip North Star bisnes anda, anda boleh mula membina Tangga Nilai bersama ahli pasukan anda

Cara Membina Tangga Nilai (Value Ladder)

1. Senaraikan produk atau servis anda

Senaraikan produk atau servis anda samada yang sedang anda tawarkan pada pelanggan atau idea baru untuk ditawarkan

Senarai ini termasuk produk atau servis percuma yang anda boleh tawarkan kepada komuniti yang anda sasarkan

Beri peluang untuk ahli pasukan untuk seberapa banyak idea selagi ianya bertepatan dengan Prinsip North Star bisnes anda

2. Tentukan produk atau servis dengan harga terendah sehingga ke paling tinggi

Susun semula senarai di atas dengan turutan percuma sehingga ke harga paling tinggi

Di peringkat ini anda juga perlu memikirkan bagaimana pelaksanaan setiap tawaran boleh dijalankan

Sebagai sebuah pusat tuisyen

Mungkin servis terbawah anda mungkin adalah ceramah motivasi percuma di sekolah atau ebook percuma

Servis paling tinggi anda mungkin servis tuisyen peribadi di rumah yang berharga tinggi

3. Bina perjalanan pelanggan (customer journey) melalui tangga nilai anda

Dengan senarai 1 dan 2 yang anda telah bina di atas

Bina perjalanan pelanggan dari awal mengenali bisnes anda sehinggalah mereka membuat pembelian pertama dan seterusnya menjadi pelanggan setia

Strategi Tangga Nilai (Value Ladder) yang bagus adalah yang membuatkan bisnes anda menjadi sebahagian dari kehidupan pelanggan anda

Mereka tak boleh hidup tanpa bisnes anda

Sebagai sebuah pusat tuisyen

Anda mahu pelanggan anda sentiasa berada bersama dengan anda dari peperiksaan pertama mereka di sekolah sehinggalah mereka bekerja

Anda akan sentiasa ada servis yang boleh ditawarkan kepada mereka untuk belajar

4. Rangka kempen pemasaran dan servis pelanggan

Setiap peringkat dalam Tangga Nilai (Value Ladder) memerlukan kempen pemasaran dan pelaksanaan yang berbeza

Di peringkat ini, anda mungkin perlukan jabatan atau kumpulan berbeza untuk menguruskan kempen pemasaran berbeza

Tetapkan KPI bagi setiap peringkat dan lakukan review secara berkala

Ini penting untuk memastikan keseluruhan strategi Tangga Nilai (Value Ladder) sedang berada dalam keadaan stabil

Dan yang paling penting menguntungkan bisnes anda

Kesimpulan

Strategi pembinaan Tangga Nilai (Value Ladder) ini adalah strategi paling ampuh untuk :

  • Bisnes anda bertahan lama
  • Bisnes anda membuat untung setiap masa
  • Bisnes anda mempunyai komuniti pelanggan yang sentiasa menyokong

Cubalah berbincang dengan ahli pasukan anda untuk merangka strategi ini bersama-sama

Inilah cara membina tangga nilai (value ladder) untuk menaikkan jualan RM 1 juta setahun paling berkesan dan bertahan lama

Share your love
Adam Raffi
Adam Raffi
Articles: 11

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *