Berita baik untuk semua usahawan Sarawak, Permohonan untuk ILTIZAM Catalyst 2024 kini dibuka!

Sebagai usahawan Bumiputera di Sarawak, ada banyak peluang yang tersedia untuk anda kembangkan bisnes anda ke tahap yang lebih tinggi. Salah satu program yang menarik adalah ILTIZAM Catalyst oleh Ekuinas. Program ini khas untuk PKS Bumiputera yang ingin mendapat bantuan dan bimbingan dalam pelbagai aspek bisnes mereka.

credit to Financial Faiz

Apa yang ditawarkan oleh ILTIZAM Catalyst?

ILTIZAM Catalyst menawarkan pelbagai bentuk bantuan dan bimbingan kepada para peserta, seperti:

  1. Sokongan dari aspek ilmu pengurusan kewangan
    • Analisis penyata kewangan termasuk penyediaan dan perancangan cukai
    • Pembangunan pelan perniagaan dan efektik
    • Nasihat mengenai risiko dan pengurusan kewangan (peraturan perniagaan, pematuhan cukai, lesen, penubuhan dan pembiayaan)
  2. Penjenamaan (Branding) & Pemasaran Digital (Digital Marketing)
    • Audit daripada pakar dalam pemasaran dan jenama bisnes anda
    • Mendalami strategi dan pelan pemasaran (segmentation, positioning, target market)
    • Mewujudkan garis panduan dan strategi jenama
    • Merangka strategi pemasaran digital yang efektif
  3. Penggunaan Teknologi
    • Accounting Software
    • Website dan platform e-commerce
  4. Kepimpinan
    • Leadership program
    • Platform networking bagi para usahawan
    • Penglibatan pemain industri serta perkongsian terus oleh owner bisnes yang berjaya.

Siapa Yang Patut Join?
Usahawan Bumiputera di Sarawak yang ingin mengembangkan perniagaan anda, ILTIZAM Catalyst oleh Ekuinas merupakan peluang yang tidak boleh dilepaskan. Dengan bantuan dan bimbingan yang menyeluruh, anda boleh memperkukuhkan asas perniagaan anda dan mencapai pertumbuhan yang lebih pesat. Hubungi Ekuinas sekarang untuk mendaftar sebelum tarikh tutup pada 31 Ogos 2024.

📅 Mohon Sekarang!

https://iltizam-catalyst.ekuinas.com.my/

Share your love
Zulhanis Zakeria
Zulhanis Zakeria
Articles: 10

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *