Soalan yang sering menjadi perbualan di antara usahawan adalah
“Bagaimana saya nak lakukan aktiviti pemasaran untuk bisnes saya?”
Jawapan kepada soalan ini adalah faktor utama membezakan antara usahawan yang berniaga untuk 1 tahun dengan usahawan yang berniaga untuk 100 tahun
Tidak ada jawapan yang one size fits all untuk soalan ini kerana ianya bergantung kepada faktor penting yang perlu usahawan jelas sebelum bertanyakan soalan ini
Sejak dari beratus tahun semenjak manusia berniaga, ada 3 perkara penting yang sentiasa menjadi faktor penting untuk diperjelaskan sebelum aktiviti pemasaran dimulakan
Ia kekal relevan dari dulu sehinggalah ke era pemasaran digital kini.
Sebelum anda bertanyakan bagaimana anda nak lakukan aktiviti pemasaran, ini 3 perkara penting untuk anda faham sebelum melakukan aktiviti pemasaran.
Ia diringkaskan dengan Konsep 3M
Kepentingan Memahami Konsep 3M
Memahami Konsep 3M ini adalah sangat kritikal dalam bisnes anda.
Ia akan mengelakkan anda dari mengalami masalah lebih besar di kemudian hari
- Membantu anda menentukan produk atau servis yang anda ingin tawarkan
- Memperbaiki tawaran dalam setiap kempen pemasaran
- Mengenalpasti dengan mudah perkara yang perlu diperbaiki dalam kempen pemasaran
- Membawa mesej yang tepat dalam kempen pemasaran
Kegagalan seorang usahawan untuk memahami Konsep 3M ini akan membuatkan kempen pemasaran menjadi caca merba dan tidak mempunyai arah yang jelas
Lebih teruk dari itu, ia akan menyebabkan anda menawarkan produk atau servis yang tidak menjadi permintaan dari pasaran. Ini adalah kegagalan fatal yang menjadi mimpi ngeri semua usahawan
Jom kita teliti apakah Konsep 3M ini
3 Perkara Penting Anda Perlu Faham Sebelum Lakukan Aktiviti Pemasaran
1. Market
Dalam apa sahaja bentuk bisnes, perkara paling penting untuk anda jelas adalah kepada siapa anda menjual.
Anda perlu kenal bakal pelanggan anda sebelum anda menarik minat mereka untuk tahu tentang bisnes anda.
Untuk mengenali pelanggan anda, ini kriteria yang anda perlu kenalpasti :
- Geografi : Di mana pelanggan anda berada
- Demografi : Apakah ciri fizikal pelanggan anda (umur, jantina, pendapatan bulanan dan lain-lain)
- Psikografi : Apa yang pelanggan anda fikirkan dalam kehidupan seharian
- Tabiat : Apa yang mereka lakukan dalam kehidupan seharian (penggunaan, kesetiaan, kesedaran, pengetahuan, kegemaran, pembelian dan lain-lain)
Kaedah terbaik untuk mengenali pasaran anda adalah dengan mendekati mereka.
Jadikan pelanggan anda sebagai rakan kongsi untuk kajian pasaran anda
Tanyakan apa yang mereka suka dan benci.
Dari aktiviti ini, bisnes anda akan sentiasa menjadi pilihan pasaran dan bertahan lama.
Ini dapat dilihat pada jenama jenama yang kekal bertahan melangkaui generasi.
Mereka sangat faham apa yang pasaran mereka mahukan walaupun apa yang mereka tawarkan tidak hype.
2. Medium
Perkara ke-2 dalam Konsep 3M adalah medium atau lebih mudah untuk difahami sebagai platform pemasaran
Setelah anda jelas tentang siapa pelanggan anda, anda perlu mengenalpasti di mana mereka berada dan melakukan aktiviti pembelian
Ini penting untuk memastikan pelanggan yang sedang melihat kempen pemasaran anda selesa membuat pembelian di platform yang anda sediakan
Contohnya jika pasaran anda adalah di kalangan pelajar sekolah berumur 12 hingga 17 tahun di sekolah awam, medium yang anda patut gunakan untuk platform pemasaran adalah perhimpunan sekolah, hari sukan sekolah atau billboard di luar kawasan sekolah.
Logiknya kerana di sinilah mereka selalu berada dan melihat kempen pemasaran anda berkali-kali sebelum menjadi pelanggan bisnes anda
3. Message
Kita telah sampai ke perkara terakhir dalam Konsep 3M iaitu mesej.
Setelah anda jelas dengan pasaran dan tempat mereka berada, kempen pemasaran anda mestilah menyampaikan mesej pemasaran yang tepat pada sasaran pasaran anda
Mesej terbaik dalam sesuatu kempen pemasaran ialah mesej yang menyentuh keperluan pasaran anda di tempat mereka paling selesa untuk melakukan tindakan pembelian.
Kesimpulan
Sekarang anda telah memahami Konsep 3M dengan jelas.
Walaupun ia kelihatan seperti satu konsep yang ringkas tetapi jika anda mengabaikannya, bisnes anda akan kehilangan arah terutamanya apabila kempen pemasaran anda menemui jalan buntu dan menanggung kerugian
Konsep 3M sememangnya 3 perkara penting yang anda perlu faham sebelum melakukan aktiviti pemasaran.