Ketika anda berada di kedai makan, maka lalulah seorang budak membawa tisu menegur seorang lelaki yang sedang makan
“Saya tak mahu beli” kata lelaki itu
Maka budak tadi berlalu pergi
Selang 1 jam seorang budak lain datang membawa tisu untuk dijual pada lelaki yang sama tadi. Kali ini lelaki itu sudah menghabiskan makanannya
“Saya beli 2 tisu” kata lelaki itu
Selang beberapa minit datang pula seorang makcik membawa kerepek untuk dijual pada lelaki yang sama
Kali ini lelaki tersebut membuat isyarat tanda beliau tidak berminat untuk membeli
Anda mesti pernah saksikan situasi yang disebutkan di atas kan?
Ini adalah scenario biasa dalam dunia jualan
Penolakan terhadap usaha jualan ada motivasi berbeza di sebaliknya
Ini 3 sebab utama mengapa pelanggan tidak membeli dari bisnes anda
3 Sebab Utama Pelanggan Tidak Membeli Dari Bisnes Anda
1. I Cannot
Sesetengah pelanggan bukan menolak jualan anda kerana produk anda atau anda sebagai penjual
Tapi mereka tidak berada dalam keadaan yang selesa atau bersedia untuk membuat pembelian
- Pelanggan sibuk ketika anda cuba menjual
- Pelanggan rasa proses pembelian yang anda tentukan sangat dan mereka malas nak melalui proses tersebut
- Pelanggan takde mood untuk melayan pitch jualan anda
Sebab-sebab ini adalah sebab yang bersifat dalaman
Ia disebabkan oleh keadaan semasa bakal pelanggan yang anda dekati
2. Now Cannot
Sebab ke-2 ini dipengaruhi oleh faktor luaran iaitu perkara luaran yang mempengaruhi bakal pelanggan untuk menolak pitch jualan anda
Walaupun ianya bersifat luaran, dengan pemahaman asas yang betul dan kreativiti
Anda masih mampu mengubah fikiran bakal pelanggan untuk menerima tawaran anda
Boleh jadi faktor penolakan mereka bukanlah disebabkan kelemahan produk atau pitch jualan anda
- Pelanggan tidak mempunyai wang ketika anda cuba menjual
- Pelanggan kena minta izin pasangan untuk membeli
- Pelanggan sedang melayan pihak lain yang lebih penting dari jualan anda
3. This Cannot
Sebab yang ke-3 ini biasanya dipengaruhi produk atau medium jualan anda
Penolakan dengan alasan ini paling mudah dikaji untuk memperbaiki pitch jualan anda
Anda hanya perlu tanya kepada bakal pelanggan mengapa mereka membuat keputusan menolak tawaran anda
Pelanggan menolak jualan anda selepas membuat pertimbangan di atas produk atau medium jualan anda
- Pelanggan tak percaya produk anda boleh membantu
- Pelanggan anda rasa produk anda terlalu mahal
- Pelanggan anda rasa anda terlalu selekeh untuk menjadi jurujual
- Kaedah pembayaran anda terlalu rumit untuk mereka gunakan
Jangan Putus Asa
Setiap penolakan ke atas cubaan menjual anda mempunyai sebab yang selalunya berbeza dengan apa yang anda fikirkan
Yang penting jangan putus asa dan fahami betul-betul mengapa pelanggan menolak jualan anda
Cara paling tepat untuk mengetahuinya adalah dengan bertanya sendiri kepada pelanggan. Latihan jualan yang banyak juga akan memberikan anda pengalaman membaca bahasa tubuh pelanggan yang menolak jualan anda
Penolakan Adalah Feedback
Sangat penting untuk anda mengkaji motivasi dalam setiap penolakan terhadap jualan anda
Anggap setiap penolakan sebagai feedback dari pasaran terhadap usaha pemasaran dan jualan anda
Sebagai usahawan yang berjiwa kental, anda seharusnya tidak menerima penolakan sebagai sesuatu yang bersifat peribadi.
Menganggap kesemua bakal pelanggan yang anda dekati akan menerima tawaran anda adalah suatu angan-angan yang tidak ideal sebagai usahawan
Tentunya ada seribu satu alasan di sebalik setiap penolakan yang perlu dikaji untuk memastikan setiap tawaran bisnes anda di masa akan datang dapat diperbaiki.
Kesimpulan
Untuk usahawan yang berjiwa kental dan komited mencipta kejayaan
Penolakan atas jualan adalah perkara biasa yang menjadi asam garam berniaga
Tetapi mengetahui sebab pelanggan menolak akan memberikan anda peluang memperbaiki ayat jualan, medium jualan dan faktor-faktor lain yang menyumbang kepada pembelian dari berlaku.
Lebih banyak pitch jualan, lebih banyak penolakan yang anda akan terima
Tetapi kesemua feedback ini merupakan data penting untuk bisnes anda memperbaiki segala aspek dalam pemasaran dan jualan untuk kebaikan bisnes anda di masa akan datang.
Kami percaya banyak yang anda boleh perbaiki selepas anda faham 3 sebab utama mengapa pelanggan tidak membeli dari bisnes anda