Pemasaran : 8 Jenis Emosi Manusia Yang Penting Difahami Dalam Pemasaran

Semua pakar pemasaran seluruh dunia mengakui yang membezakan pemasaran yang baik dengan pemasaran yang gagal adalah kefahaman tentang manusia

Kajian tentang emosi manusia telah menjadi rujukan pengamal pemasaran dalam membina kempen pemasaran yang berkesan dan tepat

Usahawan yang dapat menguasai ilmu ini akan mendapati aktiviti pemasaran sangat mudah dilakukan berbanding mengejar teknik-teknik hype yang dipopularkan di pasaran

Setiap manusia akan cenderung memiliki 1 atau lebih jenis emosi ini dalam diri mereka

Ia menentukan keutamaan mereka dalam membuat Keputusan termasuklah Keputusan pembelian

Ini 8 jenis emosi manusia yang penting difahami dalam pemasaran beserta contoh ayat pemasaran jika anda ingin menjual kelas saham kepada mereka

Emosi Manusia Yang Penting Difahami Dalam Pemasaran

1. Love & Belonging

Mereka di dalam kategori emosi ini biasanya sangat terkesan dengan apa yang orang lain fikir tentang mereka

Mereka sentiasa rasa perbuatan baik mereka terhadap orang lain perlu dibalas dengan perbuatan baik juga terhadap mereka walaupun pemikiran seperti ini terlalu idea di zaman ini.

Mereka juga mudah menyayangi dan mudah menganggap orang lain yang berbuat baik pada mereka sebagai keluarga

Ayat Iklan : “Bayangkan anda tak perlu lagi pergi bekerja offshore & dapat spend masa dengan family tercinta…”

2. Security & Control

Manusia yang tergolong dalam kelas emosi ini biasanya sukakan kestabilan dan keselamatan

Mereka selesa apabila semua perancangan berjalan lancar dan segala perkara berada di bawah kawalan mereka

Biasanya mereka suka berjimat cermat dan mempunyai simpanan yang konsisten.

Kebanyakan dari mereka sering bersikap micro managing

Ayat Iklan : “Inilah persiapan yang anda wajib ada untuk mengharungi kegawatan ekonomi tahun depan.”

3. Diversity & Change

Manusia yang mempunyai kelas emosi ini biasanya suka mencuba perkara baru dalam hidup mereka

Selalu bersikap fleksibel dan terbuka pada idea baru

Walaupun selalunya mereka dikatakan seronok untuk dijadikan kawan tetapi mereka cenderung tidak menghormati ketepatan waktu dan tidak menghabiskan kerja.

Ayat Iklan : “Bayangkan anda ada extra income untuk melancong ke negara baru setiap tahun!”

4. Challenge & Growth

Manusia dalam kategori ini mempunyai sedikit persamaan dengan kelas emosi ke-3 tetapi mereka biasanya lebih berdisiplin

Ini kerana mereka mahukan kemajuan dalam hidup walaupun adakalanya tidak sabar dan terlalu mahukan hasil dengan cepat

Sifat tidak sabar ini kadangkala menjadikan mereka sukar mengekalkan fokus dan matlamat yang jelas

Ayat Iklan : “Stuck di tahap yang sama dalam kerjaya dan bisnes anda? Ini jawapannya…”

5. Recognition & Significance

Sesetengah manusia yang tergolong dalam kelas emosi ini biasanya mementingkan penghargaan

Mereka suka apabila orang menyebut nama mereka dalam ucapan penghargaan.

Dalam mesyuarat dan perbincangan, mereka sentiasa mahukan pandangannya didengari

Namun jika mereka terlalu berlebihan boleh menyebabkan ego mereka menjadi tinggi dan cenderung menjatuhkan orang lain

Ayat Iklan : “Inilah rahsia kejayaan yang mampu melonjakkan nama anda menjadi buah mulut orang ramai”

6. Excellence

Kebanyakan ketua -ketua dalam organisasi tergolong dalam kelas emosi ini

Mereka mementingkan kecemerlangan dan pencapaian tinggi

Sentiasa tidak berpuas hati dengan pencapaian terkini dan sukar menerima kekalahan

Antara keburukan mereka dalam golongan ini adalah mereka cenderung menjadi perfectionist dan tidak mahu memulakan sesuatu jika ianya tidak menjamin kejayaan

Ayat Iklan : “Dengan pendapatan tambahan ini, anda akhirnya mampu berikan Pendidikan terbaik untuk anak-anak anda”

7. Contribution & Responsibility

Mereka dalam golongan ini suka memberi tanpa mengharapkan balasan dari orang lain

Seringkali dipandang mulia disebabkan khidmat mereka pada orang lain sehingga kadangkala mudah diambil kesempatan

Biasanya golongan ini selalu membantu orang lain dalam kesusahan

Tetapi dilupakan ketika mereka di dalam kesusahan

Ayat Iklan : “Berapa ramaikah Nasib anak-anak yatim dan miskin yang akan terbela bila anda mampu menyumbang lebih besar setiap bulan? Inilah jalannya”

8. Achievement

Mereka yang tergolong dalam kelas emosi ini mementingkan pencapaian dan rasa puas apabila mencapai sesuatu kejayaan

Mereka tidak sukakan kegagalan sehinggakan cenderung untuk menangguhkan kerja mereka jika matlamat yang ditetapkan terlalu sukar untuk dicapai

Ayat Iklan : “Dengan lebih simpanan anda akan dapat mencipta lebih banyak kejayaan untuk anda dan keluarga”

Kesimpulan

Setelah memahami 8 jenis emosi manusia yang penting dalam pemasaran ini, anda akan lebih mudah merangka kempen pemasaran berdasarkan 8 jenis emosi ini

Cubalah lakukannya harini untuk bisnes anda, kami pasti mesej pemasaran anda akan menjadi lebih jelas dan tepat pada sasaran audien anda

Share your love
Adam Raffi
Adam Raffi
Articles: 11

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *